Pada 18 Mac 2014 akan datang, Ayu Ting Ting akan menjalani perbicaraan cerai perdananya dengan Enji di Pengadilan Agama Depok, Jawa Barat. Selang satu hari, Thomas Ramdhan, bassist band Gigi juga akan menjalani perbicaraan di tempat yang sama.
Thomas digugat cerai isterinya, Intan Kartikasari pada 18 Februari 2014 lalu.
Pihak mahkamah juga sudah melayangkan surat panggilan pada kedua-dua belah pihak.
Hingga kini, masih belum jelas alasan Intan menggugat cerai Thomas. Pihak mahkamah pun tidak mahu berbicara terlalu jauh tentang masalah tersebut.

0 comments:
Post a Comment