it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 25, 2014

Belum dapat anak, Shandy Aulia nikmati bercinta 3 tahun


12 Disember 2011 lalu, pelakon filem Shandy Aulia menikah dengan seorang lelaki bernama David Herbowo. Namun, hingga 3 tahun pernikahannya tersebut, Shandy belum juga dikurniakan anak. Beliau mengaku menyerahkan sepenuhnya kepada Tuhan.

Shandy tak mahu memaksa untuk segera mendapatkan anak. Kerananya beliau hanya melakukan program yang semulajadi.

Pelakon filem Rumah Kentang tersebut berusaha mengambil sisi positif dari hal ini. Beliau mengatakan masih menikmati saat-saat berdua seperti saat bercinta.

Ditambah olehnya, meski anak merupakan kelengkapan sebuah keluarga, namun bukan bermakna sebagai faktor penentu kebahagiaan seseorang.

Shandy juga menghilangkan perasaan cemburu kala ada temannya yang cepat mendapat anak setelah menikah.

0 comments: