it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 18, 2014

Element sepi 5 tahun, apa khabar Didi Riyadi?


Lima tahun bukanlah waktu yang singkat bagi seorang selebriti untuk menghilang dari peredaran sebagai penggiat seni. Apalagi namanya sekelas Didi Riyadi, salah satu anggota band Element.

Pada masanya, Didi memang sempat menjadi idola remaja wanita yang tentu saja mengagumi paras tampannya. Lelaki bernama asli Rahmat Riyadi ini memang sempat muncul di berbagai judul drama hingga tahun 2010 lalu.

Meski membintangi berbagai filem sampai tahun 2013 lalu, namun nama Didi memang tak banyak disebut-sebut seperti saat beliau bersama Element sejak tahun 1999 lalu. 

Lahir di Jakarta, 31 Julai 1981, Didi kini tak hanya dikenali sebagai pemuzik dan pelakon drama saja. Beliau juga merambah dunia filem dan tak tanggung-tanggung, beliau juga menjadi pengarah dalam beberapa filem.

Kesibukan dia di dunia filem ini dibuktikan dengan tak adanya waktu dan kesempatan untuknya sekadar pergi bercuti. Padahal Didi mengaku ingin sekali bercuti di Hong Kong yang disebut-sebut merupakan syurga pusat membeli-belah.

Didi memang jenis lelaki bekerja keras. Setiap harinya, beliau ingin selalu dapat produktif, melakukan apa saja yang beliau sukai, mulai dari bekerja sampai bermain bola keranjang.

Sementara itu, percutian bukan menjadi keutamaan bagi Didi. Bahkan kalau diberi dua pilihan, antara bekerja dan bercuti, beliau justeru akan memilih untuk bekerja.


0 comments: