it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 18, 2014

Wulan Guritno sajikan nuansa Indonesia di Poetre Spa and Beauty


Selain sibuk sebagai pelakon drama dan filem, Wulan Guritno juga telah lama menceburi dunia bisnes. Sudah sekitar enam tahun kebelakangan, Wulan berbisnes salon kecantikan yang diberi nama Poetre Spa and Beauty House.

Nama Poetre yang bermakna puteri dalam bahasa sanskrit memang sengaja dipilih Wulan. Bermula dari bisnes spa, kini Poetre telah berkembang menjadi beauty house dan beauty lounge.

Kini, bisnes Wulan telah berkembang. Sejak dua tahun lalu, bisnesnya telah menjadi cawangan dan sudah ada 16 tempat yang tahun ini akan ditambah menjadi 20 di beberapa kawasan di Indonesia.

Poetre Spa and Beauty House menyajikan suasana yang Indonesia. Seperti yang terlihat Poetre Spa and Beauty House di Jalan Putri Mutiara Raya no.6, Jeruk, Cipete Jakarta Selatan. Warna cat putih yang dominan dengan paduan warna ungu dengan aroma rempah ratus menambah keistimewaan suasana Indonesia.

Di tingkat paling bawah, terdapat empat bahagian, yakni tempat manicure dan pedicure di bahagian paling depan kanan. Lalu tempat refleksi. Di dekat tempat refleksi terdapat tempat potong rambut. Bahagian belakang, terdapat dua fasiliti creambath.

Naik ke tingkat dua, terdapat tiga kemudahan massage. Selain itu, ada sebuah bilik VIP di tingkat dua. Bilik itu digunakan untuk massage juga. Namun, kerana berlabel VIP, dalam bilik itu juga terdapat jacuzzi untuk berendam air hangat. Tak berbeza jauh dengan tingkat satu dan dua, di tingkat tiga juga terdapat kemudahan untuk massage.

Namun, kesuksesannya di dunia bisnes tak membuat ibu tiga anak itu untuk berhenti dari dunia hiburan yang membesarkan namanya.

0 comments: