it's about anything. too many to mention...

Tuesday, April 1, 2014

Luna Maya dilamar Ariel palsu di atas pentas


Kesan canggung masih dilihat kala Luna Maya dikait-kaitkan dengan vokalis Noah, Ariel. Tampak ketika beliau menjadi hos di acara peringatan ulang tahun ke 21 ANTV bertajuk Gala XXI. Saat itu, Luna langsung tak berkutik kala nama Ariel disebut akan hadir sepentas dengannya.

Namun ternyata pelawak Sapri yang digaya mirip Ariel, yang muncul kemudian. Beliau juga membuat Luna sedikit lega meski celoteh-celoteh teman-temannya sesama pembawa program Campur-Campur tetap menyebut tentang Ariel. Dan saat para hos ini memanggil Ariel dan Noah untuk tampil, Luna pun buru-buru ke balik pentas.

Namun, berbeza kala dalam satu segmen, seorang kru ANTV yang memiliki paras seperti Ariel dimunculkan. Lelaki bernama Yana itu muncul bersama kedua-dua orang tuanya dan beberapa pengiring, membawa roti buaya dan kelengkapan untuk melamar Luna Maya.

Luna pun merasa kaget. Namun beliau memberikan cabaran kepada Yana untuk melakukan dua hal yang diisyaratkannya iaitu mengoyak sebuah buku tebal dan mencabar diri dengan game api. Luna berseloroh dan sedikit menyindir seseorang lelaki yang pernah dekat dengannya.

0 comments: