it's about anything. too many to mention...

Saturday, May 10, 2014

Merancang tampil panas, Madonna ditolak hadiri red carpet?

Di tengah gegak gempita acara Met Ball 2014, Madonna sama sekali tidak menampakkan batang hidungnya. Agaknya kenapa dia tak datang ke acara yang dipenuhi para bintang itu? 

Nampaknya hal itu telah dijawab sendiri oleh Madonna. Melalui akaun Twitternya, dia mengungkapkan bahawa Anna menolaknya gara-gara penyanyi lagu Girl Gone Wild itu merancang tampil tanpa busana ke sana.

 Wanita berusia 55 tahun itu memuatnaik foto tubuh wanita yang hanya dibalut dengan tali-tali putih. Dan yang mencengangkan, bahagian payudaranya dibiarkan terbuka.

 Meski demikian, Madonna menempatkan tulisan 'censored' untuk menutupi bahagian itu. Jika memang dia benar-benar mengenakan ini, tak terbayang kehebohan macam apa yang akan muncul.

0 comments: