it's about anything. too many to mention...

Monday, June 9, 2014

Ayah Kylie Jenner larang Justin Bieber bertemu dengan anaknya

Justin Bieber memang termasuk salah satu artis yang penuh dengan segudang sensasi. Mungkin inilah alasan yang membuat Bruce Jenner melarang anaknya, Kylie Jenner untuk bertemu dengan bekas kekasih Selena Gomez itu.

Dengan segala skandal yang menimpa dirinya, Justin dianggap akan membawa pengaruh buruk bagi Kylie, seperti dipetik dari Daily Mail. Terutama semenjak skandal video perkauman yang dilakukan olehnya beberapa waktu yang lalu.

Tak hanya itu, Bruce juga menganggap bahawa Justin sudah berkawan baik dengan dunia ubat-ubatan terlarang. Menurutnya, di umurnya yang masih 20 tahun, penyanyi All That Matters ini mempunyai gaya hidup yang buruk.

Salah seorang sumber mengungkapkan bahawa Bruce tahu anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu ada hubungan yang cukup dengan Justin. Beliau khuatir, kerana Justin pernah terlibat perkehlahian dengan Floyd Mayweather saat bersama dengan Kylie. Sejak saat itu, beliau melarang Kylie untuk bertemu Justin.



0 comments: