it's about anything. too many to mention...

Friday, June 6, 2014

Julia Perez jadi juru damai Amel Alvi dan Baby Margaretha


Perkelahian antara sesama artis bukan sesuatu yang baru dalam dunia hiburan Indonesia. Bahkan kedua-dua belah pihak yang berkelahi berakhir proses undang-undang dan dipenjara. 

 Penyanyi Aku Rapopo, Julia Perez pernah mengalaminya saat berseteru dengan Dewi Perssik. Kerana itu, dia diminta menjadi penengah untuk perdamaian Baby Margaretha dan Amel Alvi, yang belum lama ini dilibat perkelahian saat mengadakan sidang akhbar filem Main Dukun. 

 Lantaran didera rasa cemburu, Amel bertindak di luar kawalan dengan menyiramkan segelas air ke tubuh Baby. Peristiwa yang terjadi di hadapan Julia Perez itu sentak membuat terkejut orang yang melihatnya. 

 Julia Perez mengaku tidak trauma dengan peristiwa serupa, hanya saja, dirinya tidak mahu mengalaminya kembali. Dia juga tidak ingin kedua-dua temannya, Baby dan Amel, mengalami hal serupa.

0 comments: