it's about anything. too many to mention...

Thursday, July 17, 2014

Inikah pengganti Tom Cruise di hati Katie Holmes?

Kehidupan asmara selebriti memang sangat menarik untuk dibincangkan. Kali ini giliran bekas isteri Tom Cruise, Katie Holmes yang dikhabarkan sedang memiliki kekasih baru yang terjadi juga berkerjaya sebagai seorang aktor. Siapa dia?

Seperti yang dipetik dari Contactmusic, lelaki kacak ini bernama Alexander Skarsgard. Tentunya sudah tak asing lagi di telingan kalian yang pernah menonton filem Battleship.

Rumor kedekatan kedua-duanya mencuat ketika mereka bertemu di sebuah lokasi penggambaran sebuah filem fiksyen terbaru yang bertajuk The Giver. Benih-benih cinta mulai tumbuh di antara Katie dan Alexander sehingga mereka akhirnya memutuskan untuk menjalani komunikasi yang intens.

Kedekatan mereka ini akhirnya tak mampu disembunyikan lebih lama lagi. Salah seorang sumber mangatakan bahawa kedua-duanya bahkan sempat bertemu beberapa kali.



0 comments: