it's about anything. too many to mention...

Friday, July 4, 2014

Lancarkan minyak wangi baru, Katy Perry ciplak gaya Madonna?


Kesibukan Katy Perry ternyata tak hanya di dunia muzik, melainkan juga dalam bisnes. Wanita cantik ini baru saja melancarkan produk minyak wangi terbarunya, Killer Queen's Royal Revolution. Namun, ada pemandangan yang lebih menarik dari hal ini, mahu tahu? 

Melalui akaun Instagramnya, Katy memuatnaik sebuah foto yang menampilkan dirinya lengkap dengan kostum hitam untuk promosi produk minyak wangi terbarunya ini. Namun, nampaknya kostum ini tidaklah asing lagi bagi sebahagian orang. 

 Seperti yang dipetik dari Daily Mail, penampilan foto bintang berusia 29 tahun benar-benar mirip dengan penampilan Madonna di acara Super Bowl 2012 lalu. Tak percaya? 

 Meskipun rekaan outfitnya tak sama sepenuhnya, kalian boleh melihat dengan jelas bagaimana kemiripan tema mahupun aksen egyptian yang sangat kental. Berbagai detail agak sedikit berbeza, namun outfit kedua-duanya sama-sama lekat dengan aksen hitam dan emas. 

 Sebelumnya, kedua-dua pemuzik ini juga pernah menjalani sebuah pemotretan untuk majalah V. Penyanyi Roar dan Queen of Pop ini berkolaborasi untuk berpose seksi dan menggoda. Mungkinkah hal ini yang menjadi sumber inspirasi Katy dalam pelancaran minyak wangi terbarunya? 

 Minyak wangi ini akan tersebar luas di pasaran pada bulan ini. Salah seorang pihak marketingnya mengungkapkan bahawa produk ini begitu lekat dengan Katy.

0 comments: