it's about anything. too many to mention...

Friday, July 4, 2014

Tiga bulan solo, Julia Perez jadi 'jablay'

Kata jablay alias jarang dibelai nampaknya layak untuk disematkan kepada Julia Perez saat ini. Semenjak kandasnya hubungan asmara dengan Gaston Castano, dirinya belum lagi menemukan pasangan yang diidam-idamkan. 

 Jupe pun mengaku merindukan belaian lelaki semenjak tiga bulan kebelakangan membujang. Menurutnya, dalam kehidupan setiap orang perlu cinta dan kasih sayang. Itulah yang membuat hidup senantiasa lebih berwarna.

 Meski memiliki populariti yang luar biasa di dunia hiburan, dan hidup bergelimang harta, namun sebagai seorang wanita, beliau tak mahu hidupnya hampa. Beliau selalu berharap ada seseorang yang selalu di sampingnya kala beliau sedih mahupun suka. 

 Jupe juga menambahkan bahawa selama ini, cinta adalah yang utama baginya.

0 comments: