it's about anything. too many to mention...

Wednesday, August 13, 2014

Bekas peguam : Marshanda memang harus berada di hospital

Afdal Zikri, bekas peguam Marshanda ini sering mendampingi anak guamnya. Malahan, beliau berhak tahu masalah yang sedang dihadapi Chacha meskipun itu tidak berkaitan langsung denga kes yang dihadapinya.

Berkaitan isu pemasungan dan suntikan yang dilakukan pihak hospital Abdi Waluyo, Afdal ada pendapat sendiri. Beliau mengaku telah mencari tahu banyak hal berkaitan masalah Chacha dan kenapa beliau berada di hospital.

Alasan Riyanti Sofyan memasukkan Chacha ke hospital Abdi Waluyo dianggap sudah benar menurut Afdal. Chacha juga sudah tidak asing dengan hospital tersebut. Pada tahun 2009, saat video Chacha marah-marah beredar, beliau juga langsung dirawat di sana.

Sebelum ini, Afdal juga sempat berusaha memenuhi keinginan Chacha untuk keluar dari hospital dan minta dirawat di rumahnya. Namun, pihak hospital memang memiliki alasan tersendiri dan Afdal tak dapat berbuat banyak.

Riyanti Sofyan saat sidang media di kediamannya mengungkapkan Chacha harus berada di hospital kerana sudah empat bulan tak minum ubat. Khabarnya, Marshanda menghidap penyakit psikologi bipolar disorder, yang mengharuskannya meminum ubat seumur hidup.

0 comments: