it's about anything. too many to mention...

Wednesday, August 13, 2014

Rambut Lady Gaga berdiri di Jepun

Penyanyi asal AS Lady Gaga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo Jepun, Selasa. Seperti biasa, Gaga tampil dengan pakaian unik saat menemui peminat-peminatnya.

Penyanyi yang kerap berpenampilan kontroversi itu mengenakan sepasang jumpsuit jarang yang membalut keseluruhan tubuhnya. Pakaian itu tampak dihiasi motif bunga yang memadukan warna hijau dan pink.

Tidak hanya itu, gaya rambut Gaga juga tak kalah unik. Mahkota kepala perang terang itu diikat dan tampak berdiri. Sisa rambut yang tidak diikat dibiar terurai. Selain itu, Gaga juga mengenakan kaca mata hitam berbentuk lingkaran sempurna.

Lady Gaga juga tampak mengenakan but dengan tumit tinggi berwarna sama seperti rambutnya. Ada juga ukiran putih yang menghias bahagian depan kasutnya itu.

Gaga tampaknya seronok berada di Jepun. Melalui akaun Instagram miliknya, @ladygaga, beliau mengungkapkan bahawa Tokyo adalah tempat kegemarannya.


0 comments: