it's about anything. too many to mention...

Friday, September 12, 2014

Curahan pedih Jupe soal sakitnya, seret Menteri Kesihatan


Julia Perez tengah dirundung berita tidak sedap. Penyanyi dangdut dan aktres seksi ini dikhabarkan mengidap kanser oleh sejumlah media. Jupe, sapaan Julia Perez, sempat resah dengan berita tersebut. 

 Bukan apa-apa, Jupe hanya ingin memiliki mindset yang positif yang boleh beliau kongsikan walaupun keadaannya sedang tidak sihat dan penuh tekanan. Bintang filem MAIN DUKUN ini nekad tetap beraktiviti seperti biasa meski doktor sudah menyarankannya untuk beristirehat. 

 Berita sakit Jupe ini sempat menghebohkan social media dan media massa. Komen negatif bertubi-tubi dilayangkan umum kepada Jupe. Ini kerana, banyak yang menyimpulkan Jupe menghidap sakit kanser padahal belum ada pengesahan darinya. 

 Jupe mengaku sempat mengalami pendarahan. Ini bukan perkara kecil, kesihatan Jupe memang sedang diserang penyakit yang sampai kini masih belum mahu beliau ceritakan. Namun, Jupe menyatakan dirinya tak akan pernah berhenti menghibur semua orang meski penyakit menular tubuh indahnya. 

 Seperti judul lagunya dan tingkahnya yang penuh canda, Jupe yakin masih ada harapan untuknya agar dapat sembuh. Terlebih, beliau berharap agar wanita Indonesia tak mengalami nasib sepertinya. Untuk itu, Jupe pun meminta Menteri Kesihatan Indonesia untuk memberikan perhatian lebih.

0 comments: