it's about anything. too many to mention...

Saturday, September 27, 2014

Nama panggilan Dewi Sandra berubah gara-gara drama CHSI

Lakonan Dewi Sandra sebagai Hana dalam drama CATATAN HATI SEORANG ISTRI ternyata menuai respon positif dari masyarakat. Wataknya sebagai isteri baik hati yang dicurangi membuat dirinya mengundang simpati penonton. 

 Yang unik, berkat wataknya itu pula, nama panggilan Dewi Sandra pun berubah. Kini beliau lebih sering dipanggil dengan Hana, nama karakter yang dilakonkan. 

 Watak yang ikonik dalam drama tersebutlah yang menghantar Dewi Sandra untuk mendapat watak lainnya dalam filem layar lebar HAJI BACKPACKER. Dalam filemnya tersebut, Dewi Sandra berlakon sebagai wanita berhijab asal Surabaya bernama Sofia. Melalui wataknya itu, beliau akan beradu lakonan dengan Abimana Aryasatya 

 Dan kini penyanyi lagu Kuakui ini tengah menunggu reaksi penonton atas filem terbarunya yang mengambil setting di sembilan negara tersebut. Ini kerana dalam waktu dekat filem garapan Danial Rifky itu boleh disaksikan di pawagam-pawagam. 

 Dewi berharap filem barunya ini mendapat penghargaan lebih dari penonton.

0 comments: