it's about anything. too many to mention...

Tuesday, October 7, 2014

Julia Perez segera jalani proses bayi tabung


Keinginan artis Julia Perez untuk memiliki anak nampaknya sudah tidak terbendung, walau hingga kini belum memiliki pasangan hidup. Keadaannya yang kebelakangan mengalami pendarahan, bahkan dikhabarkan menderita kanser mulut rahim, dijangka membuatnya kesukaran memiliki anak. Kerana itu, dia mencari cara alternatif memiliki keturunan. 

 Dalam waktu dekat, Julia Perez akan menjalani proses penyembuhan sakitnya di Singapura dan Penang, Malaysia. Dia juga sudah menjadualkan untuk segera terbang ke dua negara tersebut. 

 Bersamaan, Julia Perez mengaku mendapat berita gembira dari Penang. Kerana di sana, dirinya boleh memiliki anak dengan cara in vitro atau bayi tabung. Kini dia sedang berusaha untuk dapat mengikuti program tersebut.

0 comments: