it's about anything. too many to mention...

Saturday, October 11, 2014

Justin Bieber pesta pora, Selena Gomez hibur dirinya dengan ini


Lagi-lagi, para peminat Justin Bieber dan Selena Gomez harus rela kedua-dua bintang pujaan mereka memutuskan berpisah untuk yang kesekian kalinya. Setelah akhirnya rasmi membujang, kira-kira apa yang sedang dilakukan oleh penyanyi cantik berusia 22 tahun ini? 

Jangan pernah membayangkan beliau akan menangis di bawah shower atau mengunci diri di kamar. Ini kerana, Selena tetap baik-baik saja dan mampu melalui harinya meski tanpa kehadiran Justin sebagai kekasihnya lagi. Tak percaya? 

 Penyanyi Come & Get It ini dilaporkan sedang melakukan sebuah aksi yang sangat mulia di sebuah hospital kanak-kanak yang terletak di kawasan Los Angeles pada Rabu, seperti yang dipetik Daily Mail. Di sanalah beliau cuba memberikan perhatiannya pada para pesakit cilik yang terbaring lemah. 

 Melalui potret yang dimuatnaiknya melalui akaun Instagramnya inilah, Selena tampak yang sedang menunjukkan rasa kasih sayangnya pada seorang gadis cilik. Di tengah-tengah kesibukannya di dunia hiburan, beliau masih saja menyempatkan waktunya untuk melakukan aksi sosial.

0 comments: