it's about anything. too many to mention...

Tuesday, December 23, 2014

Jupe ungkap kanser serviks boleh menular dengan kencing merata-rata

Aktres Julia Perez saat ini sedang menjalani rawatan di National University Hospital, Singapura kerana kanser serviks yang beliau deritai. Kanser ini disebabkan oleh virus HPV dan secara medikal disebut cenderung menular kerana perilaku seksual.

Selain itu menurut Jupe kanser yang beliau deritai boleh juga berpunca kerana perilaku yang kurang bersih. Bintang filem Main Dukun itu sempat mengalami pendarahan akibat penyakit kanser yang dideritainya.

Dari semua penyebab, Jupe beranggapan beliau boleh terkena kanser kerana stress berpanjangan yang beliau alami. Kini beban hidupnya semakin bertambah kerana beliau harus membayar biaya hospital yang tidak murah.

Jupe memang sempat menjalani kehidupan cinta yang rumit dengan Gaston Castano. Sesudahnya beliau juga digossipkan menjalin hubungan dengan pemain bola sepak lain, walau belum ada yang berakhir di pelamin.

Kini paling tidak sekitar Rp500 juta harus Jupe siapkan untuk pembedahan. Belum lagi kimoterapi dan rawatan lain seperti radiasi. Meski demikian Jupe berharap mendapat rawatan terbaik di Singapura.

"Penularannya bisa dari toilet, kadang ada perempuan yang pipisnya berantakan. Dari suami juga, virus ini yang membawa itu lelaki. jadi para suami itu jangan banyak jajan, kasihanilah isterimu, banyak faktor dari wanita yang sudah hamil juga."
- Julia Perez

0 comments: