it's about anything. too many to mention...

Saturday, January 17, 2015

Ajak Julia Perez berbalik, apa motif Gaston Castano?

Berita percintaan baru datang dari penyanyi dangdut wanita, Julia Perez. Ditemui di Kebon Jeruk, Jakarta Jakarta Barat kelmarin, pelantun Belah Duren itu mengaku bahawa Gaston sempat mengajaknya untuk berbalik. 

 Meski hubungannya sudah serius kala itu, rupanya kesempatan itu tak dihiraukan oleh Jupe. Beliau mengaku bahawa dirinya sudah terlalu sakit saat ditinggalkan pada Disember 2013 silam. Ya kita tahu bagaimana Gaston tegar meninggalkannya tanpa alasan yang jelas. 

Sebenarnya, Jupe sendiri tak menepis jika dirinya masih cinta dengan pemain bola sepak asal Argentina itu. Namun rupanya beliau sudah menutup untuk berbalik dengan lelaki berbadan kekar itu. Beliau juga mengaku bahawa akan membuka lembaran baru daripada harus membuka lembaran lama bersama Gaston. 

 Saat itu beliau juga mendedahkan cara yang dilakukan Gaston untuk merebut hatinya kembali. Bahkan Jupe mengaku beliau sempat tak kuat dengan rayuan maut darinya.

0 comments: