it's about anything. too many to mention...

Thursday, January 8, 2015

Berkaitan keganasan di Paris, Anggun takut Islamophobia menyebar


Baru-baru ini Perancis mendapat tamparan keras kerana sebuah aksi keganasan mengerikan yang terjadi di sebuah pejabat majalah ternama, Charlie Hebdo. Sejumlah orang bersenjata mematikan menyerang pejabat itu beserta para pekerja di dalamnya dengan senjata api tanpa alasan yang jelas.

Meskipun begitu, seorang saksi menyebut bahawa para pengganas itu sempat mengucapkan beberapa kalimat seperti Allahuakbar dan dendam Nabi Muhammad dibalas. Jika apa yang dikatakan saksi itu benar, maka hal itu boleh merosak nama baik Islam di mata dunia.

Insiden menyeramkan itu sendiri akhirnya sampai ke telinga Anggun. Hati penyanyi lagu Mimpi itu tentunya seperti disayat kerana Perancis merupakan negara kewarganegaraannya.

Melalui akaun Twitter, beliau mengutarakan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam akan insiden tragis di atas.

0 comments: