it's about anything. too many to mention...

Friday, January 9, 2015

Bisnes karaoke sering bermasalah, Inul buka beauty centre

Kepastian undang-undang tentang penggunaan hak cipta memang masih kelabu di Indonesia. Beberapa pencipta lagu dan label rakaman masih dirugikan atas penggunaan karya mereka di tempat-tempat karaoke.

Bisnes karaoke milik Inul Daratista pun tak lepas dari tuntutan dari pihak yang merasa karyanya digunakan tanpa royalti. Inul Vista, tempat karaoke miliknya, dilaporkan kepada pihak berwajib kerana dianggap tidak mempunyai izin penggunaan beberapa lagu.

Selain itu, artis-artis lain kini banyak sekali yang membuka bisnes karaoke. Hal tersebut rupanya membuat Inul berpindah hati ke perniagaan lainnya. Setelah berfikir masak-masak, beliau memilih untuk merambah dunia urusan wanita.

0 comments: