it's about anything. too many to mention...

Friday, January 2, 2015

Kehidupan 2015 diramal Suhu Naga, Ariel Noah tutup telinga!

Rabu malam band Noah melakukan konsert perpisahan dengan Reza selaku drummer dalam acara bertajuk 1000 Cerita New Years Eve. Dalam acara yang disiarkan di salah satu stesyen televisyen swasta itu turut hadir Suhu Naga yang diminta menerawang hubungan vokalis ini dengan Sophia Mueller.

Yang menarik saat akan diramal, secara spontan Ariel menutup kedua-dua telinganya. Duda tampan itu seolah tak mahu mendengar kata-kata apa pun yang keluar dari mulut Suhu Naga.

Meski begitu peramal artis satu ini tetap mendedahkan apa yang terjadi terhadap hubungan Ariel dan Sophia Mueller ke depannya. Menurutnya sepanjang tahun 2015 kedua-duanya bakal tetap mesra dan membuat ramai orang iri.

Saat ditanya apakah mereka bakal mengikat hubungan di depan penghulu, Suhu Naga memilih untuk merahsiakannya.


0 comments: