it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 28, 2015

Masih single, ternyata Maia Estianty sering didekati lelaki!

Semenjak berpisah dengan Ahmad Dhani pada tahun 2008 lalu, Maia Estianty belum juga menikah lagi. Bahkan beliau juga tak dilihat bersama seorang kekasih. Padahal di usianya yang ke 39 tahun, Maia masih dilihat bugar dan cantik.

Berbeza dengan Maia, bekas suaminya Dhani, sudah dilihat bersama wanita yang tak lain adalah bekas duetnya, Mulan Jameela. Bahkan mereka sudah dikurniakan seorang anak cantik dan comel, Safeea.

Saat ditanya mengenai masalah pasangan, Maia rupanya ada jawapan sendiri. Beliau mengaku bahawa dalam kehidupan peribadinya, kebahagiaan tak hanya dilihat dari ada pasangan ataupun tidak.

Beliau juga mengaku bahawa dirinya didekati oleh beberapa lelaki. Namun rupanya Maia tak mahu terburu-buru untuk masalah yang satu ini.


0 comments: