it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 14, 2015

Muatnaik gambar bendera Israel dan Perancis bersatu, Anggun dikecam


Masih hangat di ingatan kita mengenai kes keganasan yang baru saja terjadi di Perancis beberapa waktu lalu. Sebuah pejabat majalah kenamaan, Charlie Hebdo diserang sekelompok pengganas bertopeng yang menyebut diri mereka Islam. Hasilnya, puluhan mangsa meninggal akibat serangan yang mereka lakukan dengan senjata api itu.

Setelah disiasat, alasan dari para pengganas itu adalah sebuah pembalasan dendam kerana majalah tersebut dianggap telah menyindir Nabi Muhammad melalui postingnya. Apa pun alasannya, dunia tersentak dan berbagai macam belasungkawa dilantunkan oleh Perancis. Salah satunya datang dari penyanyi Anggun.

Beberapa hari berselang, sebuah aksi persatuan dilakukan di ibukota Paris. Bertajuk kempen persatuan, sekitar 1.6 juta orang yang datang dari berbagai negara berbeza berkumpul untuk menyuarakan persatuan dan anti keganasan. Salah satu aksi yang paling mencuri perhatian adalah dikibarkannya bendera Israel, Perancis dan Algeria secara berdampingan.

Anggun tampak menyokong aksi persatuan itu dengan tegas. Melalui akaun Twitter dan Instagram, penyanyi lagu Yang Aku Tunggu itu beberapa kali memuatnaik potret bersatunya ketiga-tiga bendera di atas dengan caption yang berbeza-beza. Namun semua postingnya mengacu pada sokongan persatuan dan anti keganasan.

Sayangnya, apa yang beliau muatnaik itu tak mendapat respon positif dari peminat. Banyak sekali pihak yang menuding Anggung telah menyokong kaum Zionis atas apa yang beliau muatnaik itu. Berbagai komen berbau agama akhirnya membanjiri timeline wanita yang kini memegang warganegara Perancis itu.

0 comments: