it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 21, 2015

Sukses kena tipu, Julia Perez sebut rayuan Gaston paling juara


Setelah main serong di belakang Julia Perez, Gaston Castano rupanya menunjukkan gelagat menyesal dan ingin berbalik. Berbagai rayuan cuba dilakukan pemain bola sepak asal Argentina itu agar Jupe mahu membuka pintu maaf.

Penyanyi dangdut bertubuh seksi itu berkali-kali menyebut yang beliau sudah tak akan pernah lagi menjalin kasih dengan Gaston. Penyanyi lagu Belah Duren itu ingin segera move on dan fokus pada pemulihan keadaan tubuhnya selepas terkena penyakit kanser serviks beberapa waktu lalu.

Sebelum ini Jupe menyebut yang dirinya sempat dikejutkan oleh sebuah pesanan dari wanita skandal Gaston yang menyebut dirinya sedang hamil. Rupanya waktu itu Gaston tak tahu yang skandalnya mengirim pesanan pada Jupe sehingga rancangan skandalnya terbongkar.

Jupe tak menepis yang dirinya merasa sangat tertipu oleh sikap Gaston. Lebih jauh beliau menegaskan bahawa hubungan mereka sudah tak boleh diselamatkan lagi.


0 comments: