it's about anything. too many to mention...

Saturday, February 28, 2015

Lama terpendam bersama Peterpan, kini impian Uki Noah terwujud

Salah satu anggota kumpulan band ternama Indonesia, Noah, semalam menjalani umrah. Kali ini kesempatan bagi Uki Noah dapat pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Tak sendirian, pemuzik yang bernama lengkap Mohammad Kautsar Hikmat juga mengajak isteri dan anaknya. Gitaris Noah yang satu ini memang sudah memiliki niat untuk pergi ke Baitullah sejak masih bersama Peterpan, namun kegiatan band yang padat membuat niatnya ini baru dapat direalisasi sekarang.

Pemuzik yang telah memiliki seorang anak ini akhirnya izin sementara waktu kepada pengurusan Noah. Ini kerana Uki tak mahu menunda dan berakhir penyesalan kerana tak ada kesempatan pergi ke Baitullah.

Pada kesempatannya kali ini, Uki Noah berharap dapat dipermudah segala urusannya saat ada di Baitullah dan dapat kembali dengan keadaan selamat.

0 comments: