it's about anything. too many to mention...

Saturday, February 28, 2015

Maia Estianty bakal segera memakai hijab

Pemuzik cantik Maia Estianty baru saja melaksanakan umrah ke tanah suci sekitar 13 - 20 Februari 2015 lalu. Perjalanan ibadah itu tampaknya menjadi proses untuknya agar lebih menutup diri. Maia yang selama ini dikenal memiliki rambut cantik, baru-baru ini mengeluarkan petanda akan segera berhijab. 

 Bermula dari posting Melly Goeslaw di instagram, pencipta lagu itu mengungkap tentang rancangan Maia untuk menutup aurat. Melly yang dahulu sering berpenampilan radikal, memang lebih dahulu memutuskan berhijab. Beliau menyebut sahabatnya itu sebagai calon hijaber. 

 Hal itu juga mendapat balasan dari Maia, bekas isteri Ahmad Dhani itu tidak membantah bahawa dirinya bakal segera berhijab. Maia yang sempat disoroti ketika memuatnaik foto tanpa hijab sepulang umrah menulis bahawa hal itu akan beliau lakukan dalam waktu dekat.

0 comments: