it's about anything. too many to mention...

Saturday, March 28, 2015

Anang Hermansyah ditangkap merokok di bilik perbicaraan


Aktiviti ahli politik Anang Hermansyah ketika berada di bangunan DPR menjadi sorotan di dunia maya. Anang didapati sedang merokok di bilik perbicaraan, dan fotonya lantas dimuatnaik oleh salah seorang pengamat politik, Fadjroel Rachman.

Fadjroel memuatnaik foto Anang tersebut dengan caption yang cukup menggeletek. 

Dalam foto tampak Anang duduk santai di atas meja, sambil menghisap dalam-dalam rokoknya. Berbagai komen pun datang, ada yang menyoroti dengan keras Anang kerana tidak seharusnya merokok di bilik berhawa dingin. Namun ada pula yang bergurau sambil meniru gaya Anang ketika menjadi juri X Factor.

Ternyata posting Fadjroel diketahui oleh ahli politik PAN tersebut. Tidak ingin fotonya dijadikan krtikan di dunia maya, Anang langsung memberikan penjelasan dan meminta maaf. Melalui Twitter, beliau menulis permintaan maaf tersebut.

Permintaan maaf tersebut juga mengundang reaksi berbeza. Ada yang menyoroti Anang kerana merokok di bilik bicara tidak sesuai dengan Komisi X yang membidangi pendidikan, pemuda, olahraga, pariwisata, keseniaan dan kebudayaan. Namun ada pula yang menganggap Anang cukup berani mengakui kesalahannya.

0 comments: