it's about anything. too many to mention...

Saturday, March 7, 2015

Behind the scene video klip baru Afgansyah Reza romantis amat!


Afgansyah Reza, penyanyi solo tampan ini baru saja selesai mengadakan konsert tunggalnya pada Februari lalu. Beliau sukses menghibur ramai peminatnya melalui duet-duet mautnya bersama beberapa penyanyi seperti Rossa dan Sherina.

Beliau sempat menjalani percutian singkat ke sebuah resort setelah sukses mengadakan konsert. Foto-foto percutiannya terpampang nyata di akaun Instagramnya dan bakal buat kamu meleleh kerana Afgan pamer badan seksinya.

Setelah percutian Afgan langsung disibukkan dengan pembikinan video klip dari lagu Knock Me Out. Lagu ini diciptakan oleh komposer Singapura, Taufik Batisah dan dibuat dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Indonesia. Single baru ini rancangannya akan dimasukkan dalam album ke empatnya.

Liriknya romantis, khas lagu-lagu Afgan. Knock Me Out juga bernuansa R&B dan Afgan benar-benar jatuh cinta dengan lagu ini. Video klipnya berlatar padang rumput seperti di kebun raya dan penuh balon warna-warni.

Pesona Afgan juga tak kalah mempesona. Mengenakan kemeja soft jeans dan seluar berwarna krim, senyum Afgan yang misteri ini bakal buat peminatnya meleleh.


0 comments: