it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 24, 2015

Gara-gara foto ini, Maia Estianty dijodohkan dengan tentera

Selepas bercerai dengan Ahmad Dhani tahun 2008 lalu, Maia Estianty hingga kini sama sekali belum dilihat menunjukkan tanda-tanda akan menikah lagi. Beberapa kali ditemui dan diminta keterangan, anggota Duo Maia itu mengaku sedang enjoy dengan status singlenya.

Beza ceritanya dengan para peminat wanita yang mesra disapa Bunda itu. Peminat selalu berharap agar Maia segera mencari pengganti Dhani dan menemui seorang ayah baru untuk trio anak kacaknya, Al, El dan Dul.

Sebelum ini nama Matteo Guerinoni, seorang bekas pelumba motor gp berdarah Itali pernah muncul dalam kehidupan Maia. Namun hingga kini tak ada penjelasan di antara lembaran cinta mereka.

Uniknya, gara-gara salah satu posting terbaru Maia di Instagram, isu-isu bahagia kembali berhembus untuk peminat. Ceritanya, wanita berusia 39 tahun itu memperlihatkan potret anak keduanya, El, ketika hendak beranjak dari sebuah kediaman di kawasan Pejaten menaiki kereta warna hitam.

Entah kenapa, melihat foto itu peminat langsung menghubung-hubungkan Maia dengan seorang calon suami baru yang diduga berkerjaya sebagai tentera. Kemungkinan besar perumahan yang disebut wanita kelahiran Surabaya di atas adalah kompleks kawasan untuk para tentera.


0 comments: