it's about anything. too many to mention...

Saturday, March 21, 2015

Masih serumah, Okan dan Viviane tak mahu hadir perbicaraan cerai


Pasangan aktor Okan Kornelius dengan penyampai Viviane memutuskan untuk menjalani perceraian setelah lebih dari 4 tahun menikah. Namun kedua-duanya kembali tidak hadir di perbicaraan. Jika terus menerus memilih menghindari mahkamah, besar kemungkinan perceraian itu bakal berakhir dengan verstek.

Jika minggu depan kedua-duanya masih tidak hadir, peguam Viviane bersiap menghadirkan saksi dan bukti yang bakal mempercepat proses perceraian. Pasangan ini pun juga tidak menunjukkan usaha ingin kembali bersama.

Meski di ambang perceraian, berbagai proses kaunseling masih cuba dihadirkan oleh orang-orang terdekat Okan dan Viviane. Penyebab perceraian kedua-duanya juga dinafikan akibat orang ketiga atau keganasan rumahtangga melainkan kerana perbezaan prinsip.

0 comments: