it's about anything. too many to mention...

Monday, March 9, 2015

Pernah benci selama 42 tahun, Ahmad Dhani kini ada hobi baru


Selain bermuzik, Ahmad Dhani rupanya kini ada hobi baru. Ya, pemuzik terkenal Indonesia itu sedang suka-sukanya dengan anjing.

Hal itu cukup mengejutkan mengingatkan Ahmad Dhani mengaku tak menyukai anjing sejak 42 tahun lalu. Hobi barunya itu diungkapkan langsung ketika ditemui dalam sebuah kesempatan di Studio 8 RCTI, Jakarta, Jumaat lalu.

Bukan jenis sembarangan, pasangan hidup Mulan Jameela itu ternyata mempunyai tarikan istimewa dengan anjing jenis Malamute. Wah, boleh jadi hobi mahal ini nampaknya.

Penyanyi lagu Arjuna Mencari Cinta itu kini telah memiliki dua jenis anjing Malamute. Ditanya tentang rawatan, Ahmad Dhani memberikan sedikit pendedahan tentang hal tersebut.

Walau sudah memiliki salah satu jenis anjing mahal, ayah kepada Al, El dan Dul itu juga mengatakan bahawa tak ingin memiliki anjing jenis lain.


.


0 comments: