it's about anything. too many to mention...

Sunday, March 8, 2015

Ternyata, Julia Perez susah move on!

Julia Perez nampaknya masih susah melupakan bekas kekasihnya, pemain bola sepak, Gaston Castano. Meski sudah setahun berlalu selepas gagal menikah, Jupe ternyata masih belum boleh move on.

Wanita yang awal tahun ini dinyatakan sembuh dari kanser serviks ini ingin menghapus tiga tatu dalam tubuhnya. Salah satu tatu tersebut adalah tatu nama Gaston dalam bahasa India yang berada di tengkuknya.

Setelah pulang umrah, penyanyi dangdut seksi ini memang lebih banyak berubah. Bukan cuma ingin menutup auratnya, Jupe juga mahu menghapus tatunya. Namun jangan kira itu mudah, tatu boleh saja hilang dalam waktu sekejap, tapi tidak dengan kenangan akan bekas kekasihnya di dalam fikirannya.

Jupe memuatnaik tweetnya ini ke akaun Twitternya. Langsung saja para followersnya memberi semangat untuk tetap boleh move on dari bayang-bayang bekas kekasihnya.

Sebelumnya sepulang dari umrah, Jupe sempat berkata bahawa beliau belum siap untuk berhijab, terutama kerana merasa belum mampu menjaga kata-kata. Misalnya saja beliau tidak ingin ketika bergurau dan lantas gurauan itu disoroti kerana hijab yang beliau kenakan. Namun untuk tatu dan busana yang lebih tertutup, itu proses yang boleh dilakukannya,

0 comments: