it's about anything. too many to mention...

Monday, November 27, 2017

Keretanya masuk laluan bas jadi perbincangan, Dewi Perssik beri penjelasan


Beberapa waktu kebelakangan ini, umum sedang dihebohkan dengan aksi nekad Dewi Perssik saat keretanya masuk ke laluan bas. Gara-gara hal itu, penyanyi dangdut cantik ini harus terima dirinya dimaki-maki oleh warga yang akhirnya diabadikan dalam sebuah video dan langsung viral di media sosial. 

 Sukses mencuri perhatian dan jadi bahan hujatan netizen, wanita yang akrab disapa dengan nama Depe ini akhirnya tak tinggal diam. Melalui akaun Instagramnya, beliau pun memberikan pengesahan tentang kejadian tersebut. 

 Memuatnaik semula hasil screencap video viral tersebut, mantan isteri Saipul Jamil ini pun menyampaikan jika sebenarnya beliau sudah meminta izin pada pihak polis yang akhirnya menyarankan mereka untuk mengambil laluan bas. Hal itu dilakukan Depe kerana keadaan darurat, di mana seorang pembantunya dilarikan ke hospital kerana asmanya sedang menyerang. 

 Lebih lanjut lagi, Depe juga menjelaskan jika si penjaga bas malah semakin memperkeruh suasana dengan memanas-manasi warga sekitar Pejaten arah Mampang. Beliau pun berusaha keras menengahi keadaan dan menyelamatkan suaminya dari kerumunan warga dan ojek online yang emosi.

0 comments: