Khabar hubungan istimewa antara Rossa dengan Afgansyah Reza bukanlah hal baru. Sudah lama berita ini beredar di umum, dan pasangan penyanyi ini pun tak segan menunjukkan bahawa ada kedekatan istimewa di antara mereka berdua.
Namun ternyata Rossa masih malu-malu ketika kedekatannya dengan Afgan diabadikan oleh orang lain. Seperti yang terjadi pagi tadi, ketika mereka bertemu di lapangan terbang dan saling menyapa dengan pelukan mesra.
Adalah Titi DJ yang mengabadikan saat manis ini secara tidak sengaja. Awalnya Titi ingin mengejutkan Rossa yang berada di hadapannya melalui sebuah stories, namun ternyata penyanyi cantik itu berbelok menuju Afgan.


0 comments:
Post a Comment