Pasangan Kim Kardashian dan Kanye West tengah berbahagia kerana baru saja dikurniakan anak ketiga mereka pada Isnin. Terlahir dari ibu pengganti, anak berjenis kelamin perempuan itu lahir dengan sihat.
Kim mengumumkan kelahiran adik North dan Saint West itu melalui website peribadinya, lengkap dengan berat bayi yang mencapai 3.34 kilogram. Sayangnya, Kim sama sekali tak menyinggung soal nama, yang akhirnya membuat umum mulai berspekulasi.
Seperti yang baru-baru ini ramai diperbincangkan. Netizen menduga bahawa Kim dan Kanye menamakan anaknya dengan nama Louise Vuitton. Rumor ini sendiri muncul ketika Kim memuatnaik pattern khas brand tersebut ke akaun Instagramnya tanpa keterangan apa pun.
Netizen rupanya menganggap hal itu sebagai klu untuk nama anak ketiga Kim. Mengingat Kim dan Kanye memberi dua anak sebelumnya dengan nama yang unik dan tak biasa, maka tak hairan jika umum berfikir demikian. Lalu, apakah benar seperti itu?
Kerana cukup ramai, Kim pun akhirnya memberikan penjelasan singkat melalui akaun Twitternya.

0 comments:
Post a Comment