it's about anything. too many to mention...

Thursday, February 1, 2018

Gabernor Jambi Zumi Zola terseret kes rasuah APBD

Mantan selebriti Indonesia, Zumi Zola, yang kini menjadi Gabernor Jambi terseret kes dugaan rasuah pengesahan Anggaran Pendapatan Belanja Daerah (APBD) Jambi tahun anggaran 2018. Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) terus menyiasat kes tersebut dan secara intensif memeriksa Zumi Zola. 

 Berkaitan kes rasuah tersebut, KPK telah menetapkan empat orang suspek. Antara lain, Ketua Fraksi PAN dan anggota Banggar DPRD Jambi, Supriyono, Plt Kadis PUPR Pemprov Jambi Arfan, Asisten Daerah III Pemprov Jambi Saifudin, dan Plt Sekda Pemprov Jambi Erwan Malik. Dijangkakan, nilai wang rasuah sebanyak Rp 6 Miliar dan KPK telah menyelamatkan Rp 4,7 Miliar dari kes dugaan rasuah tersebut. 

 Zumi Zola kemudian menjalani pemeriksaan pertama pada 5 Januari 2017 lalu. Namun beliau mengaku tidak tahu sama sekali perihal adanya tindakan rasuah berkaitan pembahasan APBD pada DRPD. 

 Selang dua minggu, Zumi Zola kemudian diperiksa kembali oleh KPK pada 22 Januari 2018 lalu selama tujuh jam. KPK pun menemui perkembangan terbaru dari pemeriksaan tersebut. Dugaan kuat, kes rasuah ini juga melibatkan pihak lain di luar mereka yang telah ditetapkan sebagai suspek. Sayangnya KPK tak mahu mengungkap siapa pihak lain yang dimaksud. 

Namun khabar terbaru pada 31 Januari lalu, rumah mantan bupati Tanjung Jabung itu digeledah selama 6 jam. Di hari yang sama, beredar khabar Zumi Zola telah ditetapkan sebagai suspek. 

 Namun ketika disahkan oleh Merdeka, pimpinan KPK, Saut Situmorang tak mahu bicara banyak saat ini. Dia meminta menunggu beberapa hari ke depan.

0 comments: