it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 1, 2018

Baru melahirkan, Kylie Jenner tak mahu pakai khidmat baby sitter

Kelahiran bayinya menjadi anugerah terindah bagi Kylie Jenner. Beliau sama sekali tak menyangka akan benar-benar menjadi seorang ibu di usianya yang masih 20 tahun. Tentu saja ini menjadi sebuah moment yang sangat istimewa dan tak terlupakan bagi Kylie. 

Kerana masih sangat muda, Kylie pun belum benar-benar siap untuk menjalankan status barunya sebagai seorang ibu. Tak hairan jika pada akhirnya beliau memerlukan bantuan orang lain untuk merawat bayi dari hasil hubungannya dengan Travis Scott. 

 Namun ternyata, Kylie tak ingin mempekerjakan seorang baby sitter untuk mengasuh bayinya. Beliau hanya ingin menerima bantuan dari Kris Jenner dan juga saudaranya, seperti yang dipetik dari People.

0 comments: