Anggota keluarga termuda dalam klan Kardashian Jenner ini memang penuh sensasi. Setelah membuat umum tertanya-tanya dengan gosip kehamilannya. Kylie memuatnaik video perjalanan kehamilannya di Youtubenya.
Video yang telah ditonton 59.4 juta kali ini menjawab semua gosip yang beredar. Kylie memilih menutup kehamilannya kerana ingin menikmati masa indah itu secara private. Anak dari hubungannya dengan rapper Travis Scott ini beliau beri nama Stormi Webster.
Dalam video itu terpancar jelas kebahagian Kylie dan keluarga. Kehamilan Kylie ini bersamaan dengan kehamilan Khloe dan Kim Kardashian, kakak tirinya. Sokongan juga datang dari keluarga Travis Scott atas kehamilan Kylie ini. Saat ini Travis-Kylie melakukan co-parenting dalam pengasuhan baby Stormi. Kedua-duanya mengaku belum memiliki rancangan untuk menikah dalam waktu dekat.
Belum genap sebulan kelahiran Stormi, Kylie kembali mengumumkan kelahiran 'bayi' barunya. Bayi baru Kylie kali ini adalah sebahagian dari Kylie Cosmetics. Wanita 20 tahun ini tidak ingin menunggu terlalu lama untuk mengumumkan comebacknya di dunia kosmetik.
Bisnes kosmetik yang beliau mulakan tahun 2016 ini beliau pasarkan hanya melalui sosial medianya. Walaupun begitu semua koleksinya selalu ludes dalam beberapa jam pelancarannya. Kylie-LipKit yang semula menjadi produk ikonik kerana trademark bibir matte ala Kylie Jenner inilah yang menjadi daya tarikan utama.
Kali ini produk barunya terinspirasi dari si kecil Stormi. Koleksi kosmetik ini akan bertema 'Weather Collection'. Terdapat eyeshadow pallet yang diberi nama "Calm Before the Storm" dan "Eye of the Storm". Tentu saja terdapat lipstik matte khas Kylie, kali ini dengan simbol petir kecil. Melengkapi koleksi ini Kylie juga menambahkan highlighter powder dan glitter eyeshadow.
Kylie Cosmetic telah melengkapi koleksinya, bila dulu hanya popular untuk Lip Kitnya.
Kylie juga memuatnaik foto dirinya dengan riasan dari Kylie Cosmetic. Wajah flawless Kylie dihiasi eyeshadow berwarna biru yang diberi nama 'Violet Moon'. Tak lupa selebriti yang menjadi kontroversi kerana bibirnya ini menggunakan lipstik matte berwarna gelap yang beliau namakan 'Nightfall'.
Kemasan koleksi kosmetik kali ini didominasi warna kuning mencolok yang serasi dengan warna dibackgroundnnya. Kris Jenner, ibunya, menyatakan bahawa Kylie Cosmetik memperoleh 420 juta USD dari penjualan selama 18 bulan terakhir. Naluri bisnes klan Kardashian-Jenner ini memang dahsyat ya, semua memiliki anggota keluarga bisnes yang menghasilkan.
Kylie mengaku bahawa koleksi ini dirancangnya selama kehamilan Stormi.

0 comments:
Post a Comment