it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 5, 2011

muse bakal adakan konsert di luar angkasa


Gantungkan cita-cita setinggi langit! Mungkin inilah yang memberi inspirasi kepada Muse untuk cita-cita mereka. Bahkan, ungkapan ini juga bukan sekadar kata-kata untuk mereka, kerana mereka benar-benar bercita-cita mengadakan konsert di luar angkasa!

Cita-cita ini juga bukan hanya sekadar impian kosong, kerana Muse bahkan sudah berbincang dengan Richard Branson dan merancang 'menumpang' penerbangan Virgin Galactic tak lama lagi.

Hal ini diungkapkan vokalisnya, Matt Bellamy, yang juga kekasih aktres cantik Kate Hudson, kepada The Sun.

0 comments: