Lindsay Lohan memang ada sedikit masalah dengan peraturan. Berkali-kali beliau terlibat masalah hanya kerana gagal mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan. Bahkan saat beliau sudah terlibat masalah besar pun Lindsay nampaknya masih susah berkompromi. Kebelakangan beliau dikhabarkan berdegil menggunakan spray tan walau mahkamah sudah memperingatkan Lindsay untuk tidak menggunakannya.
Beberapa waktu yang lalu, Lindsay Lohan diperintahkan mengenakan gelang SCRAM yang akan memonitor kadar alkohol dalam darahnya selama 24 jam penuh kerana pelakon ini ditangkap basah sedang memandu kereta dalam keadaan mabuk. Selama mengenakan gelang ini Lindsay dikhabarkan sudah berusaha untuk tidak mengambil alkohol dan hasilnya sangat memuaskan. Sayangnya, masih ada hal lain yang tak boleh ditinggalkan Lindsay: spray tan.
Sebelum ini, menurut Splash News, petugas sudah memperingatkan Lindsay untuk tidak menggunakan cairan yang berfungsi membuat kulit jadi berwarna lebih gelap tanpa harus berjemur ini kerana cairan ini boleh berpengaruh pada sensor yang ada pada gelang SCRAM. Akibatnya, walau tak mengambil alkohol, alat ini mengesan adanya alkohol dan menyebabkan Lindsay harus berurusan dengan petugas.



0 comments:
Post a Comment