it's about anything. too many to mention...

Monday, June 28, 2010

lindsay lohan dipaksa buka mulut tentang kokain

Setakat ini Lindsay Lohan memang sudah berjaya melalui masa percubaannya dengan tidak mengambil alkohol sama sekali dan itu sudah dibuktikan dengan ujian makmal namun nampaknya ini tak membuat hakim merasa puas. Khabarnya, sekarang hakim memaksa Lindsay untuk membuka mulut tentang penggunaan kokain saat beliau ditangkap beberapa waktu yang lalu.

Sebelum ini, menurut berita yang dikeluarkan Splash News, Lindsay Lohan menolak menjawab pertanyaan apakah beliau menggunakan kokain saat ditangkap polis kerana dianggap membahayakan jiwa orang lain dengan cara memandunya yang semberono.

Ed McPherson, peguam Lindsay, sebelum ini pernah berusaha meyakinkan hakim untuk menunda dulu pertanyaan tersebut sampai mahkamah memutuskan apakah Lindsay telah melanggar masa percubaannya atau tidak. Peguamnya sempat bertelingkah bahawa anak guamnya seharusnya tidak dipaksa menjawab pertanyaan tersebut namun hakim nampaknya tidak sependapat dengan Ed McPherson.

Lindsay Lohan Pictures, Images and Photos

0 comments: