it's about anything. too many to mention...

Thursday, July 22, 2010

kerana beckham penjualan lego meningkat pesat


Lego memang permainan yang sudah berumur tua. Sampai sekarang, permainan yang mengasah kreativiti ini masih tetap bertahan dan khabarnya kebelakangan angka penjualan Lego meningkat cukup pesat. Kenapa? Gara-gara ada berita yang menyebut yang David Beckham ternyata adalah peminat permainan ini.

Menurut Splash News, baru-baru ini David Beckham membuat 'pengakuan' bahawa beliau sering menghabiskan waktu luangnya untuk membina bangunan2 dengan batu-bata Lego dan segera saja berita ini membuat kedai2 mainan dibanjiri pelanggan yang ingin membeli Lego. Peningkatan penjualan ini juga tak tanggung-tanggung. Menurut berita yang sama, sejak berita itu muncul ada sekitar 5.922 transaksi yang setara dengan peningkatan sebanyak 663% dari angka sebelum ini.

Sebagai ucapan terima kasih, orang atas Lego mengundang David Beckham, Victoria, dan ketiga2 anaknya untuk berkunjung ke pejabat pusat Lego yang berada di Denmark. Sebelum ini juga pernah muncul berita kalau Brad Pitt juga ada hobi yang sama. Tak jelas apakah Brad adalah salah satu orang yang terpikat Lego kerana Beckham atau malah peningkatan penjualan Lego ini juga disebabkan oleh Brad Pitt.

0 comments: