it's about anything. too many to mention...

Thursday, July 22, 2010

lindsay lohan akhirnya masuk penjara


Setelah mencuba berbagai cara untuk menghindar dari hukuman kurungan yang dijatuhkan mahkamah, akhirnya Lindsay Lohan tetap harus menjalani hukumannya. Setakat ini memang belum ada kepastian tentang berapa lama Lindsay bakal menetap di balik jeriji besi kerana ada kemungkinan Lindsay boleh kembali menghirup udara segar bila pelakon ini dinyatakan berkelakuan baik.

Menurut Splash News, hakim hanya memerlukan sepuluh minit untuk menjatuhkan keputusan dan mengirim
Lindsay Lohan ke penjara walau saat diwawancara, Marsha Revel mengatakan yang beliau tak tahu pasti berapa lama Lindsay akan berada dalam penjara.

Vonis yang dijatuhkan mahkamah menyatakan
Lindsay Lohan harus menjalani hukuman kurungan selama 90 hari di Century Regional Detention Facility di Lynwood, California namun ada perkiraan bahawa pelakon yang turut membintangi filem MACHETE ini hanya akan menghabiskan seperempat dari masa hukumannya, atau kurang lebih 23 hari saja.Sebelum ini pernah diberitakan yang Lindsay Lohan pernah meminta pendapat dari peguam terkenal, Stuart V. Goldberg, kerana pelakon ini tak ingin harus sampai menjalani hukuman penjara namun nampaknya usaha ini tak terlalu membawa hasil.

0 comments: