it's about anything. too many to mention...

Tuesday, August 3, 2010

ramadhan pertama buat dea - ariel nidji


Bulan Ramadhan yang segera tiba rupanya menjadi keasyikan tersendiri bagi pasangan pengantin baru Dea Ananda dan Ariel Nidji. Pasangan ini mengaku harus membahagi waktu dengan jadual mereka berdua yang boleh dikatakan padat, seperti yang diungkapkan kedua2nya ketika ditemui di Studio Penta, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, 27 Julai.

Hal ini juga diiyakan isterinya, yang juga mengakui bahawa mereka juga harus meluangkan diri untuk bertemu dengan keluarga. Ketika ditanya mengenai makanan favorite untuk berbuka puasa, ternyata kedua2nya memiliki kegemaran yang berbeza. Dea mengaku bahawa dirinya suka makanan-makanan manis untuk berbuka, seperti kurma atau jus buah. Sedangkan Ariel menyukai semua makanan yang pedas, walaupun itu hanya mi segera.

Pasangan yang sudah tinggal di rumah mereka sendiri sejak menikah ini mengaku bahawa mereka lebih sering menyantap makanan dari delivery order, kerana Dea tidak boleh masak sampai saat ini. Namun, suaminya sendiri tidak begitu cerewet dengan 'kekurangan' isterinya ini, kerana dirinya lebih fleksibel, selama itu adalah makanan yang pedas, seperti kegemaran mereka berdua.

Namun, hal ini juga disokong oleh jadual mereka yang padat, sehingga mereka harus menghabiskan lebih banyak waktu di luar rumah dan juga berbuka di luar. Pasangan ini juga mengaku bahawa mereka ingin segera memiliki anak, walaupun mereka juga tidak ngoyo untuk mendapatkannya.

0 comments: