it's about anything. too many to mention...

Wednesday, September 22, 2010

bersalah, paris hilton masih boleh hindari penjara


Paris Hilton dinyatakan bersalah atas memiliki kokain di Las Vegas. Namun, socialite ini berjaya menghindari penjara setelah menerima hukuman penangguhan selama satu tahun.

Pada Isnin, 20 September 2010, waktu AS, Paris mengakui bahawa baik 0,8 gram kokain dan beg Chanel yang ditemui adalah miliknya. Kerana pengakuannya ini, pewaris takhta hotel Hilton ini dinyatakan bersalah untuk dua saman iaitu memiliki dadah dan menyerang petugas, yang seharusnya membuatnya ditahan di penjara bulan lalu.

Namun, kerana 'perjanjian istimewa' tersebut, Hilton dijatuhi hukuman penangguhan yang mengharuskannya menjalani 200 jam layanan masyarakat, dan denda $2.000. Hilton juga harus menjalani pemulihan dadah. Gadis ini juga diancam hukuman 1 tahun penjara jika dia melanggar hukuman ini.

Jika Paris menjalani semua tuntutan di masa hukumannya, maka dirinya tidak perlu hadir pada perbicaraan tahun depan, yang dijadualkan pada 20 September 2011.

0 comments: