it's about anything. too many to mention...

Tuesday, September 28, 2010

david beckham 'buru' irma nici


Merasa dipermalukan, David Beckham bukan hanya mengajukan saman pada Irma Nici dan In Touch yang dianggapnya telah menyebarkan berita bohong. Menurut berita, Beckham juga mengupah seorang penyiasat swasta untuk mencari Irma Nici. Beckham tak boleh tidur lena sebelum Irma Nici menerima langsung surat saman yang beliau buat.

Begitu berita soal affair David Beckham dan Irma Nici muncul 22 September lalu, Beckham langsung mengupah detektif swasta untuk mencari Irma Nici. Beckham khabarnya juga tak peduli kalaupun detektif yang beliau upah ini harus berkeliling dunia mencari keberadaan Irma. Beckham bertekad menyaman Irma dan beliau tak mahu surat saman ini diterima wakil Irma. Irma harus menerima langsung surat saman ini.

Daily Mail juga mengabarkan yang ternyata tugas yang diberikan David Beckham ini tak terlalu sukar dilaksanakan. Dalam berita yang sama disebutkan yang detektif telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik dalam waktu tiga hari saat kumpulan penyiasat ini berjaya menemui Irma Nici di W Hotel di New York.

Di sisi lain, pihak Irma Nici justeru melepas kenyataan melalui laman rasmi mereka dan menyatakan yang tindakan legal yang dilancarkan kubu Beckham hanyalah soal mencari populariti saja.

0 comments: