it's about anything. too many to mention...

Tuesday, September 28, 2010

david beckham saman jutawan media jerman


Berita yang David Beckham pernah ada affair dengan seorang wanita bernama Irma Nici memang sudah merebak. Kalau sebelum ini pernah dikhabarkan yang Beckham menyaman Irma kerana menganggap wanita ini telah menyebarkan kebohongan, kini Beckham menyaman Heinz Bauer, pemilik media In Touch, yang telah memuat berita bohong ini di medianya.

Menurut berita yang dilansir Daily Mail, David Beckham akan melayangkan sepucuk surat untuk Bauer dan menuntut penjelasan soal berita yang dimuat di media In Touch miliknya. Surat ini bakal dikirim ke pejabat In Touch di New Jersey sekaligus ke pejabat pusat Heinz Bauer di Hamburgh. Beckham bertekad mendapatkan penjelasan dari Bauer berkaitan berita yang beliau sebut sebagai berita bohong ini.

Ini kerana, David Beckham tahu yang kenyataan yang disampaikan Irma Nici ke In Touch tidak disertai bukti-bukti meski Irma pernah mengungkapkan yang beliau ada bukti berupa rakaman percakapan melalui telefon dan sebuah catatan harian yang menyokong kenyataan Irma Nici ini. Sayangnya, tidak satu pun dari bukti ini yang sempat diberikan ke In Touch dan media ini juga tak berusaha untuk melakukan verifikasi terhadap kenyataan Irma Nici.

Yang lebih membuat Beckham berang adalah kenyataan bahawa In Touch tidak berusaha menyelidiki dulu masalah ini meskipun Beckham sudah berkali-kali menyatakan yang kenyataan Irma Nici itu tidak berdasar.

0 comments: