it's about anything. too many to mention...

Monday, September 27, 2010

lindsay lohan kembali dmasukkan ke penjara


Lindsay Lohan kembali diseret ke balik jeriji. Pelakon MACHETE ini akhirnya harus pasrah menerima nasibnya setelah hakim menolak permohonan jaminannya setelah melanggar masa percubaannya.

Lindsay, yang sebelum ini sudah pernah menghabiskan waktu di penjara dan pusat pemulihan, namun dilepaskan secara bersyarat, akhirnya akan kembali bertemu dengan teman-teman lamanya di penjara selama maksima satu bulan ke depan setelah gagal dalam dua ujian dadah, kerana darahnya terbukti positif mengandungi kokain dan Adderall.

Bukannya dilepaskan dalam perbicaraan kali ini, yang memang bertujuan untuk 'menilai' masa percubaan 14 hari yang diberikan kepada Lohan, gadis berambut perang ini harus diborgol dan dibawa kembali ke penjara Lynwood.

Pada perbicaraan Jumaat lalu, Lindsay dilihat terkejut ketika dirinya melempar pandangan kepada peguamnya Shawn Chapman Holey sebelum akhirnya dirinya dibawa keluar ruangan setelah hakim Elden Fox menolak permohonannya.

Lohan boleh saja ditahan di balik jeriji besi sampai 22 Oktober, hari di mana dia dijadualkan untuk mendengarkan keputusan hakim akibat kegagalannya dalam ujian dadah.

0 comments: