it's about anything. too many to mention...

Monday, September 27, 2010

nicole richie - joel madden siapkan perkahwinan


Berita gembira datang dari pasangan kekasih Nicole Richie dan Joel Madden. Pasangan yang telah dikurniakan dua anak ini dikhabarkan akan menikah pada Disember akandatang. Dan kini mereka tengah menyiapkan segala keperluan untuk acara tersebut.

Christina Aguilera dan Samantha Ronson, kedua2 sahabat Nicole, turut berkongsi kebahagiaan bersamanya saat anak angkat kepada penyanyi soul ternama asal Amerika, Lionel Richie, tersebut mengadakan pesta bujang sekaligus meraikan ulang tahun yang ke-29 tahun minggu lalu di Mexico.

Hingga kini, Nicole mengaku masih belum menemui gaun yang sesuai untuk pernikahannya. Tak hanya itu, Joel juga belum menentukan lokasi acara mereka. Namun disebut-sebut bahawa mansion mewah di Los Angeles milik ayah Nicole, Lionel, akan menjadi tempat perhelatan pernikahan mereka.

Richie dan Madden mengabarkan berita pertunangan mereka pada Februari lalu. Kedua2nya telah hidup bersama sejak 2006 lalu dan seorang ank berusia 2 tahun dan anak yang lahir tahun lalu melengkapi kebahagiaan mereka.

0 comments: